hari ni aku merasanya kepayahan yang akan kunjung tiba bila yang sepatutnya berlaku adil sudah tidak diletakkan ditempat yang sewajarnya....tahu ke apa makana adil???? sepanjang 3 tahun aku belajar kat UM dulu dalam Akademi Pengajian Melayu...adil bermaksud bila apa yang sepatutnya diletakkan pada tempat yang betul.....Dunia sekarang ni masih adakah keadilan? baik ditempat kerja mahupun di rumah...
Well today aku just nak fokus pada keadilan pada wang gaji ku yang setiap bulan aku kerja bagai nak keluar anak tekak dan senak perut ku bila setiap anak murid ku membuat pelbagai perangai yang sangat menguji kesabaran ku... Ya Allah pada mulah aku berserah sebenarnya......Kenapa jadi macam ni, tunggang langgang...
hari ni aku bangun pagi aku rasa macam nak nangis sebab terus memikirkan macam mana nak tanggung perbelanjaan bulan ni....tak tertanggung rasanya. Ya Allah berilah aku kekuatan. Aku memikirkan tahun depan anak perempuan ku akan di hantar ke sekolah...lagi perbelanjaan bertambah....hubby terpaksa bayar hutang piutang dunia yang makin menjalar dengan pesatnya...
selalu aku terfikir macammana hidup orang yang anak ramai....7-8 orang, dengan gaji yang hanya cukup makan....hanya Allah yang tahu....kadang2 aku dah tak terdaya...cuma yang aku pegang sampai sekarang hanyalah satu....REZEKI ITU DI TANGAN ALLAH....tugas kita meminta padaNya serta taat ajarannya...InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment