Thursday, September 29, 2011

POLITIK


salam hari ni aku nak cerita pasal politik....tak payah cakap pasal politik yang besar2....kita cakap pasal politik kecil2lan yang selalu terjadi di tempat kerja kita....sapa yang pasang ekon lebih maka tempatnya lebih terjamin.

pada satu hari benda yang sama berlaku tempat aku bekerja...sebenarnya aku pun pernah menjadi magsa keadaan bila isu politik ini dijadikan tunjang utama dalam perkhidmatan...aku tak pernah menyalahkan politik sebenarnya cuma orang yang bermain dengan politik ini selalunya kotor, penuh dengan konspirasi, kepentingan diri tanpa memikirkan hak yang sepatutnya diberi kepada orang yang sepatutnya.....

manusia ni, sebenarnya akan memikirkan kepentingan diri sendiri dulu, tak payah pandang kiri,kanan atau tanggungjawab atau yang paling tepat tanggung jawab bila nak mengadap Allah yang maha esa kelak....sebagai Islam, kita wajib mempercayai hari kiamat, hari pembalasan, syurga dan neraka, maka oleh sebab itulah setiap perbuatan kita akan dicatit walau sekelumit dosa dan noda...dan sebab itu jugalah kebatasan kita dalam melakukan keputusan dan tindakan menunjukkan kewarasan otak kita...

kepada yang teraniaya, jangan lupa kita masih ada tempat untuk kita mengadu, Allah yang maha esa tidak pernah tido, dan tidak pernah tidak mendengar setiap doa mahluknya....apa yang penting kita minta darinya, serta jauhi apa yang tidak disukaiNya...mudah2an...

sebagai sahabat, aku mendoakan kawan2 seperjuangan sentiasa kuat dalam menempuhi cabaran yang akan mendatang. InsyaAllah....jangan lupa mendoakan aku juga,

"Ya Allah, murahkan rezeki kami, berkatilah rezeki kami, tunjukkanlah jalan kebenaran, terangilah hati kami, sesungguhnya hanya pada Mu aku memohon petunjuk dan hidayah dan hanya pada Mu yang maha mengasihani hamba mu ini....amin...."

Wednesday, September 28, 2011

MANUSIA

hari ni aku merasanya kepayahan yang akan kunjung tiba bila yang sepatutnya berlaku adil sudah tidak diletakkan ditempat yang sewajarnya....tahu ke apa makana adil???? sepanjang 3 tahun aku belajar kat UM dulu dalam Akademi Pengajian Melayu...adil bermaksud bila apa yang sepatutnya diletakkan pada tempat yang betul.....Dunia sekarang ni masih adakah keadilan? baik ditempat kerja mahupun di rumah...

Well today aku just nak fokus pada keadilan pada wang gaji ku yang setiap bulan aku kerja bagai nak keluar anak tekak dan senak perut ku bila setiap anak murid ku membuat pelbagai perangai yang sangat menguji kesabaran ku... Ya Allah pada mulah aku berserah sebenarnya......Kenapa jadi macam ni, tunggang langgang...

hari ni aku bangun pagi aku rasa macam nak nangis sebab terus memikirkan macam mana nak tanggung perbelanjaan bulan ni....tak tertanggung rasanya.  Ya Allah berilah aku kekuatan. Aku memikirkan tahun depan anak perempuan ku akan di hantar ke sekolah...lagi perbelanjaan bertambah....hubby terpaksa bayar hutang piutang dunia yang makin menjalar dengan pesatnya...

selalu aku terfikir macammana hidup orang yang anak ramai....7-8 orang, dengan gaji yang hanya cukup makan....hanya Allah yang tahu....kadang2 aku dah tak terdaya...cuma yang aku pegang sampai sekarang hanyalah satu....REZEKI ITU DI TANGAN ALLAH....tugas kita meminta padaNya serta taat ajarannya...InsyaAllah.

Monday, September 26, 2011

KISAH ARNAB DAN KURA-KURA


 


Pada suatu hari, raja rimba telah memanggil anak2 buahnya untuk mengadakan perbincangan a.k.a meeting....berduyun2lah penghuni rimba datang untuk menghadiri perbincangan tersebut.....sahaya...raja rimba menyatakan bahawa...kita nak buat main masak2...nak tak?.....terpinga2lah penghuni rimba....berkata lagi raja rimba, kita nak buat sabtu ni....ari ni khamis....pandai2lah kamulah.....lagi tercenganglah penghuni rimba...that all and see u in saturday....

monyet, beruk, harimau dah gajah amat terkejut serta terpinga2....info itu je ke nak cakap...memandangkan penghuni rimba amat taat akan ketuanya, maka didiamkan aje pada waktu itu walaupun sebenarnya....masih lagi terkejut beruk...sian beruk...
maka pada hari yang dijanjikan, penghuni rimba bergeraklah kelokasi seperti yang diarahkan raja rimba. naga rimba ini sampai pukul 3 petang sebab diarahkan main masak2 utk petang dan malam....segala rumput2 dikutip utk dijadikan hidangan bagi yang spesis makan tumbuh2an sahaja, ikan2 ditangkap untuk spesis yang makan haiwan sahaja....selebihnya dua2 ada yang merembat....sonang cerite....

sambil main masak2 tu, dah ada penghuni rimba yang tak puas hati dengan penguni rimba yang lain....telinga naga rimba ni dengar aje sebab masa tu tak tahu lagi apa yang berlaku....telinga naga ni makin faham kenapa penghuni rimba tu marah sangat dan sebenarnya memang tidak adil pun.....
si arnab yang telah dilantik sebagai ketua mainan ini....datang lambat.....datang terus duduk...makin berapilah naga rimba ni....sedangkan anak2 penghuni rimba yang lain nak makan kejap lagi....mulut naga ni dah berasap dah.....sabo...sabo naga....

kura2, harimau , naga serta puma, terpaksa main masak2 dengan bertungkus lumus..sedangkan si arnab dengan selamba ambik kerja yang paling ringan....arnab....arnab.....si naga rimba ni, mengcoolkan puma, harimau, kura2...dan kuda belang....
tiba2 tarzan datang...sebab naga rimba nak masak dengan spatula...tapi arnab yang sombong tak nak bagi pulak......tarzan pun apa lagi...terus OOOOOOOO   OOOOOOO...OOOOOOOiiiiiiii......aku nak spatula la.....takkan aku nak pakai tangan aku ni nak masak...nanti aku nak gayut kat pokok pakai apa????....si arnab pun bagilah...sebab tak tahan dengan bunyi pekikan tarzan....

lagi best arnab yang sombong itu...rupanya telah mengilangkan diri awal setelah dia berjaya memasak makanan yang paling simpe...rasanya tenuk pun boleh masak dan seraya berkata...ibu arnab kata kalau dah abis masak boleh balik......memang hampehhhhhhh......
itu baru masak yang nak mengemas, menghidang pada anak2 penguni rimba ni sapa?....kalau naga rimba ni boleh fire aje periuk belanga tu terus jadi bersih tak pelah..ni naga rimba ni pun, naga keding bukannya macam arnab kalau dibandingkan dengan naga ni ibarat 1...0......

si naga rimba bersama dengan kuda, bertungkus lumuslah membersihkan kawasan rimba yang dah digunakan...takut kalau tak dibersihkan terkena sumpahan pulak nanti....dari matahari kat tengah kepala sampailah dah terbenam....barulah naga rimba boleh balik...itu pun sbb anak2 naga dah mencari naga rimba...sian anak2 naga.....ishhhhh....

moral of the story, kalau raja rimba nak ajak main masak2 lagi, janganlah buat last minit.....naga rimba nak plan dengan anak2 naga rimba jugak...yang penting lagi hubby kepada raja rimba nak kena jaga anak2 naga rimba.....kena bagi tau elok2 sbb tak nak balik nanti anak2 naga rimba...terbakar kena fire kat ketua naga rimba.....

keduanya, yang jenis berat tulang, tong drum, cakap mengalahkan ayam yang bertelur riuh sekampung, janganlah dilantik jadi ketua, lantik aje jadi penyental periuk belanga.....memang HAMPEH NYOIR....belaka....sekian...

cerita telah diadaptasi dari kisah ARNAB DAN KURA2 VERSION MODEN.....